Cara Submit Blog Ke Google - Yahoo Dan Bing

Ditulis pada oleh Cara SEO Pontian,
cara submit blog ke google yahoo bing
Cara SEO Pontian - Jika hanya tahu membuat blog sahaja tidak memadai, beberapa langkah ataupun perkara berkaitan optimasi perlu dilakukan supaya blog yang dibuat mampu berada di enjin carian seperti google, Bing dan juga Yahoo.com. Langkah pertama supaya mampu berada di halaman enjin carian berikut ialah mendaftarkan blog ataupun website di ketiga-tiga halaman enjin carian terbesar dunia tersebut. Saya hanya menyenaraikan tiga halaman enjin carian tersebut kerana paling banyak digunakan pada masa sekarang.

Walaubagaimanapun selepas kita submit blog ke google, yahoo dan bing website ataupun blog kita tidak akan berada dienjin carian tersebut dalam masa yang singkat. Berkemungkinan akan mengambil masa beberapa hari, minggu dan memakan masa berbulan-bulan malahan mungkin bertahun-tahun. Ini semua bergantung bagaimana ketiga-tiga enjin carian tersebut menilai sesebuah blog ataupun website. Namun begitu di bawah ini disediakan bagaimana cara submit blog ke google - yahoo dan bing?

Submit blog atau website ke google

klik laman google addurl seperti berikut http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl.
Login masuk ke akaun google anda
Masukan alamat blog atau website anda, seperti http://caraseopontian.blogspot.com
Masukan “captcha” yang disediakan
klik “Add Url”

Submit blog atau website ke Bing

Klik link berikut http://www.bing.com/docs/submit.aspx
Masukkan Url link blog anda
Masukan “captcha” yang disediakan
Klik “Submit Url”

Submit Blog atau Website ke Yahoo

Klik link berikut ini http://search.yahoo.com/info/submit.html
Klik “submit your site for free”
Ikuti arahan-arahan seterusnya.

Sekian sahaja cara submit blog ke google - yahoo dan bing.

Catat Ulasan

Live link akan didelete